You are viewing the article 10 fakta menarik dari tempat di seluruh dunia at Lassho.edu.vn you can quickly access the necessary information in the table of contents of the article below.
Walaupun kita tidak dapat keluar dan teroka dunia secara langsung pada masa ini, kita masih dapat merasakan kenikmatan untuk merancang lawatan yang seterusnya apabila ia sudah selamat untuk melancong. Untuk bantu anda buat perancangan, kami telah dapatkan 10 fakta menarik dari destinasi-destinasi di serata dunia – fakta-fakta unik dan tidak diketahui boleh membangkitkan semangat anda untuk mengembara.
1. Mongolia mempunyai kepadatan penduduk paling rendah di dunia
Bilangan kuda melebihi bilangan manusia di Mongolia
Mongolia adalah negara yang luas dan dikelilingi daratan. Keluasannya adalah dari Rusia di sebelah utara hinggalah ke Cina di sebelah selatan. Ia bukanlah negara terbesar di dunia mengikut saiz, tetapi ia rasanya seperti demikian kerana Mongolia mempunyai kepadatan penduduk paling rendah di dunia – di beberapa kawasan, ia tidak mustahil untuk tidak bertemu dengan orang lain untuk sekian lama. Dengan landskap yang berbeza-beza dan dramatik, termasuk kawasan pergunungan, penara pada tahap ketinggian yang berbeza, padang rumput menghijau dan kawasan rumput di gurun yang gersang, ia barangkali merupakan percutian yang kita impikan.
2. Granada, Sepanyol terkenal sebagai ‘ibu kota gua’ di Eropah
Cara kehidupan ini bermula sejak kurun ke-15
Gua Sacromonte dan Guadix di Granada adalah tempat tinggal bagi komuniti yang masih menikmati cara kehidupan purba Sepanyol, iaitu menetap di dalam gua. Ia bermula sejak kurun ke-15. Diukir ke dalam batu secara tidak menonjol, terdapat 2,000 rumah bawah tanah dalam formasi batu-bata ini. Pada masa lalu, gua sedemikian adalah tempat di mana orang ramai melarikan diri untuk elakkan penindasan yang berunsur agama dan perkauman. Hari ini, ia merupakan tempat di mana penduduk dapat teruskan kehidupan menggunakan sumber bumi, sama seperti generasi-generasi sebelum mereka.
3. Oymyakon, Rusia, adalah tempat berpenduduk paling sejuk di dunia
Sehinggakan alkohol juga menjadi beku di Oymyakon
Lembah Oymyakon di Yakutia – atau ‘The Pole of Cold’ – terletak di timur laut Rusia. Di sini, suhu boleh mencecah sehingga -70℃ – ia begitu sejuk, sehinggakan alkohol juga menjadi beku. Dengan kemudahan moden yang tidak begitu seberapa yang tersedia, perkampungan yang kelihatannya tidak sesuai untuk dihuni ini adalah tempat tinggal bagi 500 penduduk Siberia dengan pekerjaan tradisional seperti mengembala rusa, memburu dan memancing. Aktiviti pelancongan juga kian popular di kalangan mereka yang berani untuk mengharungi keadaan yang mencabar.
4. Cina telah mencipta replika bandar Paris
Negara tersebut mempunyai replika Menara Eiffel kedua terbesar di dunia
Terletak di pinggir bandar Hangzhou, Cina, penduduk tempatan menggelarkannya ‘Little Paris’. Pembangunan hartanah mewah ini adalah hasil seni bina dan kejuruteraan yang mengagumkan. Ia lengkap dengan replika Menara Eiffel (walaupun saiznya sepertiga daripada saiz menara yang sebenar, ia adalah replika kedua terbesar selepas replika di Paris Las Vegas Hotel, Amerika Syarikat), Arc De Triomphe, Champs Elysées, air pancut dari Jardin du Luxembourg serta versi persiaran perdana yang seakan ibu kota Perancis, dengan bangunan neoklasik berwarna krim.
5. Bahamas adalah di mana terletaknya arca bawah air terbesar di dunia
Pergi menyelam di dalam air untuk melihatnya dengan lebih dekat
Meskipun airnya sangat jernih, ia bukanlah daya tarikan yang paling menarik di New Providence. Terletak di bawah permukaan lautan adalah arca bawah air terbesar di dunia (seberat 60 tan dan setinggi 18 kaki), yang diberi nama ‘Ocean Atlas’. Artis di sebalik arca tersebut, Jason deCaires Taylor, mencipta pelbagai arca bawah air yang biasanya menarik kehidupan laut kembali ke dasar laut yang tandus satu ketika dahulu.
6. Galesnjak, Croatia, adalah pulau berbentuk hati yang paling sempurna
Salah satu kenangan percutian romantik yang tidak boleh dilupakan
Meskipun terdapat beberapa pulau berbentuk hati di seantero dunia, Galesnjak di Croatia telah dinobatkan sebagai yang paling sempurna di kalangan semua pulau-pulau tersebut. Ia tidak dihuni satu ketika dahulu, tetapi kerja-kerja kini sedang dilakukan untuk membuatnya destinasi percutian romantik yang tidak boleh dilupakan. Ia tidak lama lagi akan menjadi tempat bagi majlis perkahwinan dan berbulan madu.
7. Denmark adalah negara paling bersih di dunia
Sikap berfikiran ke hadapan Denmark mengenai alam persekitaran adalah sebahagian daripada kehidupan seharian
Tempat yang menawan, budaya yang menarik dan kopi yang enak; Denmark mempunyai daya tarikan yang memukau. Lebih baik lagi, ia kini menjadi perintis global bagi alam persekitaran kerana ia dinilai sebagai negara paling bersih di dunia oleh Environmental Performance Index (EPI) bagi 2021. Sikap berfikiran ke hadapan Denmark mengenai alam persekitaran adalah sebahagian daripada kehidupan tempatan sehari-hari – sebagai contoh bangunan CopenHill yang terkini di bandar tersebut. Ia adalah loji tenaga buangan yang memproses sampah-sampah bandar tersebut kepada haba dan kuasa, namun ia juga mempunyai lereng ‘dry ski’ yang dibina di bumbungnya. Sepanjang tahun, anda akan dapat lihat golongan keluarga dan profesional menikmati pecutan adrenalin untuk luncur ke bawah.
8. ‘Bahasa burung’ masih digunakan di sebuah perkampungan di Turki
Bahasa burung kini disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO 2017
Kampung Kuşköy di Turki mengamalkan bahasa siulan yang jarang digunakan, dikenali sebagai ‘bahasa burung’. Di sebalik namanya, bahasa ini tidak digunakan untuk berkomunikasi dengan burung-burung tetapi dengan penduduk kampung yang menetap di sekitar kawasan pergunungan Kuşköy yang curam. Mesej-mesejnya barangkali adalah sama rumitnya dengan bahasa yang ditutur manusia dan suara dengan nada tinggi adalah cara yang bijak untuk berkomunikasi merentasi jarak yang jauh. Amalan yang dipraktikkan sejak berkurun lama ini juga telah disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO 2017. Oleh itu, satu hari nanti, kita mungkin bernasib baik untuk mendengar siulan tersebut melantun di atas sudur pokok secara langsung.
9. Central Park di New York adalah lokasi penggambaran yang popular di dunia
‘Romeo and Juliet’ (1908) merupakan filem pertama untuk menayangkan Central Park
Central Park adalah tempat bagi penduduk New York untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk Manhattan, yang mengelilingi taman tersebut. Oleh kerana ia adalah taman awam Amerika pertama yang dilengkapi dengan kawasan rumput, monumen, arca, pelbagai jambatan, burung-burung yang berhijrah dan juga taman haiwan, ia menyediakan pelbagai pilihan untuk peninjau lokasi penggambaran yang mahir.
10. Anda boleh jalan merentasi Liechtenstein dalam masa kurang sehari
Ia hanya 25km dari utara ke selatan atau 4km dari timur ke barat sebelum anda sampai di sempadan
Jika aktiviti meneroka bandar pada hujung minggu satu ketika kelihatan seperti cabaran yang menarik, cuba berjalan merentasi sebuah negara dalam beberapa jam. Liechtenstein adalah negara yang kecil tetapi indah. Ia hanya berjarak 25km dari utara ke selatan dan 4km dari timur ke barat. Oleh itu, tidak kira arah mana yang anda lakukan aktiviti kembara berjalan kaki, anda boleh merentasi negara ini dalam beberapa jam. Hanya satu perkara yang ketara – oleh kerana ia terletak di pusat Alp – anda harus menjangkakan beberapa lereng yang curam semasa perjalanan anda.
Thank you for reading this post 10 fakta menarik dari tempat di seluruh dunia at Lassho.edu.vn You can comment, see more related articles below and hope to help you with interesting information.
Related Search: